Selasa, 7 Julai 2015

Penghayatan Nuzul Al-Quran - Madrasah Ramadhan


Pada 6 Julai 2015 (Jumaat) yang lalu, bertempat di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 telah berlangsung satu Program Penghayatan Nuzul Al-Quran yang melibatkan hampir 900 pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6.


Antara pengisian dari program ini adalah berkaitan peristiwa Nuzul Al-Quran yang merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.


Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.


Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


Selain itu turut diberikan beberapa tips kepada pelajar untuk menjadi cemerlang dalam pelajaran dan juga sebagai khalifah di muka bumi ini. Hal ini adalah untuk memantapkan lagi semangat yang ada dalam diri mereka agar terus berusaha dan tidak mudah berputus asa walaupun menghadapi dugaan dan cabaran.
 

p/s : sebarang tempahan penceramah untuk majlis-majlis ilmu atau ceramah-ceramah motivasi boleh hubungi Mejar (B) Mohammad Qayyum bin A. Badaruddin melalui 019-271647.

Email - casamasresources@gmail.com
Fb - mohammad qayyum
Instagram - mejar qayyum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan